Islam agama yang dirodai oleh Allah S.W.T. agama yang memimpin manusia ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat dan merupakan sebesar-besar nikmat Allah S.W.T. kepada umat manusia. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :
Terjemahan :
Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu ( Islam ) dan Aku telah mencukupi nikmat Ku kepadamu dan telah Aku redai Islam itu din ( agama ) kamu.
(Surah al-Maidah :3)
Ayat ini jelas menerangkan Allah telah menyempurnakan Islam sebagai Ad-Din untuk kepentingan dan faedah manusia, demi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Islam merupakan sebesar-besar nikmat yang dikurniakan Allah kepada hambanya-hambaNya dan tiada nikmat yang lebih besar daripada itu.Allah S.W.T juga menegaskan yang reda Islam untuk menjadi agama seluruh umat manusia. Ini bermakna Islam itu sempurna untuk dijadikan panduan hidup individu, keluarga,masyarakat dan negara.Islam itu adalah yang teratas dan menjadi rujukan bagi setiap perkara.Perundangan Islam itu adalah bersih lagi murni menentang syirik dan kekufuran.Ia sudah tentunya menjadi pegangan tertinggi.Islam itu adalah merupakan titik tolak untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Allah telah berfirman yang maksudnya :
Terjemahan :
"Sesungguhnya agama yang diredai di sisi Allah S.W.T. ialah Islam,tidak berselisih orang-orang yang diberikan kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian (antara mereka). Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisabnya.Kemudian jika mereka berbahas dengan kamu (tentang kebenaran Islam) maka katakanlah aku menyerah diri kepada Allah (demikian pula ) orang-orang yang mengikuti aku.Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi kitab dan kepada orang-orang yang ummi (yang tidak pandai membaca dan menulis) , apakah kamu mahu masuk Islam, jika mereka masuk Islam sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk dan jika berpaling maka kewajipan kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat) dan Allah maha melihat hamba-hambaNya".
(Surah Ali-Imran :19-20)
Artikel ini diambil pada buku Institusi pentadbiran Undang-undang & Kehakiman Islam karangan Mahmud Saedon A.Othman
0 comments "Islam Sebagai Ad Din", Baca atau Masukkan Komentar
Post a Comment